Perikanan air dalam merupakan
satu aktiviti dalam industri perikanan yang dilakukan di kawasan perairan
dalam dan biasanya jauh dari daratan.
Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian
("Food and Agriculture Organisation (FAO)") Bangsa-Bangsa Bersatu,
penangkapan ikan laut dalam dilakukan di kawasan perairan antara 200-2,000
meter di lautan lepas dan ia menyasarkan ikan spesies pelagik dengan
menggunakan peralatan termasuk pukat tunda dasar dan pertengahan dan tali
panjang.
Oleh kerana ia dilakukan diperairan laut dalam,
biasanya bot yang digunakan adalah bersaiz besar lebih dari 70 tan berdaftar
yang menggunakan peranti pengumpul ikan.
Sungguhpun aktiviti laut dalam
dihadkan oleh undang-undang pada jarak melebihi 30 batu nautikal bagi
melindungi nelayan kecil, terdapat penjenayah yang beroperasi dalam kawasan
lebih dekat. Perbuatan ini mengancam pendapatan nelayan kecil persisiran
pantai.
